EU puji usaha Malaysia turunkan kadar penebangan hutan - Utusan Malaysia

EU puji usaha Malaysia turunkan kadar penebangan hutan

Virginijus Sinkevičius
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesatuan Eropah (EU) memuji usaha Malaysia menurunkan kadar penebangan hutan ke paras terendah yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Pesuruhjaya EU bagi Alam Sekitar dan Perikanan, Virginijus Sinkevičius turut mengiktiraf komitmen negara ini terhadap pengeluaran komoditi mampan yang diperakui.

Perkara itu dizahirkan dalam kenyataan bersama Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi serta EU selepas persidangan secara maya, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, kenyataan itu berkata, Sinkevičius dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani membincangkan Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR) dan peranan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

“EU dan Malaysia akan terus bekerjasama rapat dalam pelaksanaan Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR) yang akan datang.

“(Ia termasuk) bagaimana standard pensijilan MSPO menyediakan kesediaan dan jaminan di bawah EUDR untuk rakan kongsi rantaian bekalan dan pengawal selia dalam EU,” katanya.

Dalam pada itu, kenyataan itu menjelaskan, Malaysia dan EU juga bersetuju memperbaharui usaha memastikan aliran perdagangan positif semasa antara kedua-dua pihak berterusan tanpa gangguan.

Katanya, kedua-dua pihak mahu diteruskan kerjasama membuahkan hasil memastikan kesahihan dan kemampanan komoditi utama melalui Pasukan Petugas Bersama EUDR yang ditubuhkan pada 2023.

“Pesuruhjaya Sinkevičius menegaskan kesediaan EU untuk terus bekerjasama dengan Malaysia ke arah meningkatkan rantaian bekalan bebas penebangan hutan.

“Dalam konteks ini, EU akan menyokong pengeluaran mampan minyak sawit Malaysia yang dimandatkan secara nasional selaras dengan keperluan EUDR,” katanya.

Pada masa sama, Johari menekankan peranan skim pensijilan MSPO dalam mengukuhkan usaha memenuhi keperluan EUDR yang merangkumi keperluan kemampanan global.

Katanya, ia membabitkan kebolehkesanan, bebas penebangan hutan, hak milik tanah yang sah dan amalan buruh yang baik.

“Johari menegaskan Malaysia kekal teguh dalam komitmennya untuk mencapai sasaran kemampanan dan mematuhi piawaian global.

“Pesuruhjaya Sinkevičius mengalu-alukan komitmen ini dan menandakan sokongan EU terhadap usaha Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini