Jumlah aset CBP hampir RM11.5 bilion suku pertama 2024 - Utusan Malaysia

Jumlah aset CBP hampir RM11.5 bilion suku pertama 2024

PENGERUSI CBP, Datuk Baharom Embi (tiga dari kanan) bergambar bersama pemenang Kempen Hello CBP 2024 Bagi Suku Pertama dalam majlis penyampaian hadiah dan rumah terbuka CBP, di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Coopbank Pertama (CBP) menunjukkan prestasi memberangsangkan pada suku tahun pertama 2024 dengan mengumpulkan jumlah aset mencecah hampir RM11.5 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, CBP turut berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak RM30 juta pada tiga bulan pertama tahun ini.

“Pada masa yang sama, nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) masih di bawah paras industri iaitu 1.6 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, dan saya harap kadar ini akan terus berkekalan hingga akhir tahun,” katanya dalam kenyataan

Jelas Khairil Anuar, penggunaan perbankan digital iaitu aplikasi HeloCBP yang dilancarkan baru-baru ini mendorong kepada kecekapan perkhidmatan CBP, sekali gus antara faktor kejayaan itu.

Katanya, kaedah Helo CBP itu memudahkan pelanggan melakukan urus niaga perbankan atas talian tanpa perlu ke kaunter.

“Sehubungan itu, CBP juga merancang untuk melancarkan produk-produk baharu seperti Ar Rahnu Flexi, perniagaan kiriman wang dan perkhidmatan sewa beli, di samping pembiayaan peribadi kepada segmen-segmen baharu seperti kakitangan swasta,” ujarnya.

Dalam pada itu, CBP turut menyempurnakan Penyampaian Hadiah Kempen Hello CBP 2024 Bagi Suku Pertama kepada 10 orang pemenang.

“Hadiah utama sebuah kereta Proton S70 telah dimenangi oleh Abdul Hamid Osman, manakala dua buah motorsikal Suzuki Gixxer 250 telah disampaikan kepada Abu Bakar Yahaya dan Adi Norazwan Misuan,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, CBP turut menyampaikan hadiah-hadiah lain seperti pakej umrah dan pelbagai hadiah barangan elektrik lain yang bernilai keseluruhan kira-kira RM300,000.

Cabutan hadiah Kempen Hello CBP 2024 itu diadakan pada setiap suku iaitu pada
bulan Mac, Jun, September dan Disember tahun ini.

“Objektif kempen ini ialah untuk memberi penghargaan kepada para pelanggan sedia ada atau baharu yang setia melanggan produk-produk runcit CBP seperti deposit, Pembiayaan Peribadi Al-Yasser, Pembiayaan Perumahan Al-Amali, Pembiayaan Ar Rahnu, Takaful Smartcare dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×