Majikan sambil lewa wujud persekitaran toksik

Majikan sambil lewa wujud persekitaran toksik

PREM (dua dari kanan) bersama pakar dan tetamu yang menghadiri forum baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sikap sambil lewa majikan tidak proaktif dalam menyelesaikan masalah antara punca pekerja sukar berkongsi cabaran yang dihadapi.

Malah menurut Pengasas Clever Desk, Prem Anan Balasubramaniam, berdasarkan kajian pihaknya, terdapat aduan yang tidak diambil tindakan oleh majikan sehingga menyebabkan pekerja tertekan.

Katanya, ini sekali gus menyumbang kepada jumlah peratusan pekerja yang dikenal pasti menghadapi tekanan beberapa tahun lalu iaitu 53 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami dapati ramai pekerja yang takut untuk menyuarakan kebimbangan atau pendapat kerana sikap pihak atasan, malah ada aduan yang tidak diambil tindakan oleh pihak majikan. Ini menyebabkan pekerja tersepit.

“Namun, bekerja dari rumah bagaimanapun memberi satu kelegaan kerana pekerja tidak perlu berhadapan secara langsung dengan pihak majikan,” katanya ketika ditemui dalam penganjuran forum Navigating Toxic Work Environments baru-baru ini. 

Tambah Prem Anan Balasubramaniam,  persekitaran toksik tetap boleh berlaku dari pelbagai faktor lain walaupun seseorang itu bekerja dari rumah.

“Terdapat faktor lain seperti arahan kerja dan sebagainya. Ramai yang lupa dan tiada rasa belas kasihan pabila menjadi majikan atau orang atasan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Prem Anan Balasubramniam berkata, penganjuran forum berkenaan bertujuan membangkitkan kesedaran kepada pekerja khususnya bagi mencari solusi untuk berdepan persekitaran toksik di tempat kerja.

“Objektif utama program hari ini untuk membangkitkan kesedaran kepada majikan akan persekitaran tempat kerja toksik. Untuk mereka faham apa yang sedang berlaku dalam industri dan bagaimana kedua-dua pihak dapat menyelesaikannya dengan cara terbaik,” jelasnya. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini