Segerakan Skim Kemalangan Bukan Bencana

Segerakan Skim Kemalangan Bukan Bencana

MOHD. EFFENDY ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah kematian direkodkan dalam Op Selamat sempena musim pera­yaan saban tahun adalah petunjuk jelas Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) perlu disegerakan.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, skim itu adalah sebagai langkah proaktif untuk melindungi hak pekerja terutama yang melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.

Menurutnya, perlindungan secara menyeluruh dan komprehensif di luar waktu bekerja perlu diperkenal seiring dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa kesejahteraan rakyat meliputi pelbagai golongan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, semua pihak perlu berganding bahu supaya skim keselamatan sosial yang khusus dengan skop perlindungan lebih luas di luar waktu bekerja dapat diwujudkan dengan kadar segera.

“SKBBK berupaya memberi perlindungan menerusi bayaran pampasan untuk rawatan perubatan, gantian pendapatan dan sokongan kewangan kepada mereka yang terjejas.

“Sekiranya kerajaan merealisasikan suara rakyat ini, ia tidak hanya akan meningkatkan taraf kesejahteraan pekerja tetapi memanifestasikan usaha kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyatnya.

“Ia adalah langkah progresif yang perlu dititikberatkan memandangkan banyak bencana berlaku ke atas pekerja dalam kes tuntutan faedah di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4) ditolak berikutan ia tidak diiktiraf sebagai bencana kerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Effendy menyandarkan gesaannya dengan statistik terbaharu kemalangan jalan raya pada Op Selamat yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 1 hingga 10 April lalu sempena perayaan Aidilfitri.

Dalam operasi itu, sebanyak 1,631 kemalangan jalan raya direkodkan dengan 18 individu maut.

Mengulas lanjut, Mohd. Effendy berkata, isu tersebut perlu dinoktahkan dengan pengenalan SKBBK seiring dengan hasrat Malaysia dalam menjadi negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Sweden dan Norway menjelang tempoh lima hingga lapan tahun dari sekarang.

Pada masa sama, katanya, SKBBK adalah seiring dengan Konsep 3K Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) iaitu Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan pekerja yang dicetuskan oleh Menterinya, Steven Sim Chee Keong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini