Empangan Sembrong dinaik taraf, jadi sumber bekalan air - Utusan Malaysia

Empangan Sembrong dinaik taraf, jadi sumber bekalan air

MOHAMAD FAZLI Mohamad Salleh (empat dari kanan) bersama Onn Hafiz Ghazi bergambar bersama-sama tenaga kerja operator bas, Handal Indah di Medini Mall, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri berhasrat menaik taraf fungsi Empangan Sembrong, Ayer Hitam bagi menyediakan sumber bekalan air mencukupi kepada penduduk di daerah Kluang dan Kulai yang berdepan isu gangguan air. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, empangan itu sebelum ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air dan tebatan banjir.

“Bagi jangka masa panjang, kerajaan negeri sudah mempunyai rancangan untuk menambah dan mengukuhkan fungsi empangan Sembrong.

“Bermula tahun ini, projek pengukuhan empangan berkenaan akan dimulakan agar ia dapat digunakan untuk tebatan banjir dan sumber air, kos bagi perancangan itu belum lagi dimuktamadkan,” katanya ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama antara Malaysia-Singapura melalui Tambak Johor yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, di sini hari ini.

Jumaat lalu, media melaporkan lebih 1,000 penduduk di beberapa kawasan, khususnya di Murni Jaya, Kampung Sri Muar dan Felda Bukit Permai di Kulai terjejas ekoran gangguan bekalan air.

Mengulas lanjut, Mohamad Fazli memberitahu, beberapa langkah lain turut dikenal pasti bagi mengatasi isu gangguan bekalan air termasuk pembinaan tangki air di beberapa kawasan. 

“Kerajaan negeri akan adakan post-mortem bersama pihak syarikat pengendali air di negeri ini, Ranhill SAJ. Saya akan lihat apa yang boleh dibantu termasuk menambah tangki air bagi mengurangkan isu gangguan bekalan air. – UTUSAN

 

“Tiada masalah untuk menambah tangki air, namun lokasi bagi pembinaan tangki memerlukan perbincangan kerana ia mungkin membabitkan tanah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebagainya,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×