Lelaki maut tertimbus di dalam telaga

Lelaki maut tertimbus di dalam telaga

ANGGOTA bomba bersama penduduk berusaha mengeluar mangsa yang tertimbus di dalam telaga dalam kejadian Masjid Kampung Gelam Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang lelaki maut tertimbus di dalam telaga di Masjid Kampung Gelam Tok Uban di sini petang tadi.

Kejadian sekitar 5.50 petang itu berlaku ketika mangsa Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23, sedang melakukan kerja-kerja menurunkan pembetung ke dalam telaga berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Pegawai Kanan II Adnan Mohd. Juri ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkait kejadian itu pada 5.54 petang.

Menurutnya, seramai 10 anggota termasuk pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

“Setiba di lokasi pada jam 6.17 petang, kami dapati mangsa sudah tertimbus dalam telaga sedalam enam meter.

“Hasil bantuan orang awam yang turut sama melakukan kerja-kerja menyelamat, mayat mangsa berjaya ditemukan pada pukul 7.15 malam,” katanya.

Adnan memberitahu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×