DAP tetap akan menang di Kuala Kubu Bharu

DAP tetap akan menang di Kuala Kubu Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) dijangka sukar untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, DAP akan terus menjuarai kawasan tersebut.

“Tidak ada masalah jika MCA mahu bertanding solo kerana kawasan tersebut majoritinya pengundi Cina.

“Namun, saya tidak terkejut jika MCA mahu bertanding solo kerana kemungkinan besar akan berlaku juga,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, PN masih belum mampu merampas kerusi tersebut walaupun kemungkian akan ada pergolakan antara parti DAP dan MCA kerana kawasan Kuala Kubu Bharu merupakan kawasan tradisi bagi parti DAP.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, undi Cina dijangka berpecah dua berikutan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pengundi MCA.

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Ir. Lawrence Low berkata, perkara itu disuarakan sendiri oleh ahli akar umbinya yang dikatakan enggan memberi undi kepada calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, 11 Mei ini.

Walau bagaimanapun, seorang lagi penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Mazlan Ali berkata, jika pengundi PN dapat merampas sekurang-kurangnya 30 peratus pengundi Cina ada kemungkinan PN boleh menang dalam pilihan raya kali ini.

“Ini kerana, fokus hari ini adalah Pakatan Harapan (PH) perlu meningkatkan sokongan pengundi Melayu kerana ia menjadi penentu kemenangan calon yang bertanding,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×