PETALING JAYA : Suspek melepaskan tembakan di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikatakan telah membeli kereta Honda City warna putih nombor pendaftaran WXU5666 dengan kaedah sambung bayar beberapa bulan sebelum kejadian semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati kenderaan terbabit dibeli suspek daripada individu lain dengan kaedah sambung bayar.
“Sebab itu kenderaan terbabit bukan didaftarkan atas nama suspek Hafizul Zarawi kerana dibeli secara sambung bayar.
“Dalam masa kita juga sudah merakam keterangan saksi termasuk isteri suspek bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis sudah mengenal pasti kenderaan dinaiki suspek iaitu Honda City warna putih dengan nombor pendaftaran WXU5666.
Hasil maklumat dan risikan, polis kita percaya suspek melarikan diri ke arah utara bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.










