Penerimagunaan EV di ASEAN dijangka terus meningkat

Penerimagunaan EV di ASEAN dijangka terus meningkat – Maybank IB

ASEAN menyumbang sebanyak 6.2 peratus dari bahagian jualan kereta FE dengan enam pasaran pada 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerimagunaan kenderaan elektrik (EV) di ASEAN dijangka terus meningkat, didorong oleh sokongan kawal selia, pelancaran model baharu keluaran China pada harga lebih rendah selain peningkatan jumlah pengeluaran automotif dan permintaan ketara di rantau itu.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) berkata, enam pasaran melaporkan lonjakan sehingga empat kali bagi jualan kereta elektrik sepenuhnya (FE) kepada 141,095 unit.

Katanya, Thailand dan Vietnam muncul sebagai dua negara utama yang menyumbang 77 peratus daripada jualan berkenaan.

Tambahnya, Indonesia mencatat jualan FE sebanyak 17,062 unit (meningkat 65 peratus) bagi tahun ke tahun pada 2023, manakala jualan di Malaysia mencecah 10,159 unit (melonjak 286 peratus) tahun ke tahun.

“Secara keseluruhannya, Asean menyumbang sebanyak 6.2 peratus dari segi bahagian jualan kereta FE dengan enam pasaran pada 2023 berbanding 1.6 peratus pada 2022.

“Sejajar dengan pelancaran lebih banyak model EV pada harga rendah dilancarkan pada 2024 dan 2025, kami menjangkakan kadar penggunaan EV di Asean juga akan terus meningkat,” kata nota penyelidikannya.

Maybank IB berkata, sebarang pertambahan pemandu akan berperanan sebagai subsidi langsung kepada pembeli selain meningkatkan lagi jumlah stesen pengecasan.

Menurutnya, aspek dalam bentuk dorongan kawal selia serta harga EV yang lebih berpatutan, turut menjadi pemacu penggunaannya yang ketara seperti di Thailand.

“Thailand bertindak menawarkan subsidi tunai kepada pembeli EV, duti eksais dan import lebih rendah untuk pihak pengeluar alatan tulen (OEM) selain kerajaannya turut memberi insentif kepada pembuatan tempatan.

“Indonesia pula menawarkan potongan duti dan mendorong pengeluaran di peringkat domestik. Aspek lain yang dapat memacu jualan EV adalah peningkatan harga petrol dan mengurangkan subsidi seperti yang berlaku di Malaysia.

“Cara lain bagi menggalakkan lagi penerimagunaan EV adalah menerusi penawarannya pada harga lebih rendah iaitu kaedah yang dikuasai oleh OEM China dan menyukarkan OEM Jepun dan Korea Selatan untuk bersaing di pasaran Asean,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×