MAS lancarkan pakej penerbangan dan pelayaran

MAS lancarkan pakej penerbangan dan pelayaran

MAS memperkenalkan inisiatif terbaharu dengan menampilkan perkongsian pelayaran strategik baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Syarikat Penerbangan, Malaysia Airlines (MAS) memperkenalkan inisiatif terbaharu dengan menampilkan perkongsian pelayaran strategik selama setahun dengan pakar industri, Apple Vacations.

Selain itu, usaha itu dilengkapkan dengan kerjasama  laluan pelayaran global yang disegani seperti Peace Bot, Princess Cruises, Resorts World dan Uniworld River Cruises.

Menurut, Ketua Pegawai Komersial Syarikat Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG), Dersenish Aresandiran berkata, perkongsian bersama Apple Vacations menunjukkan komitmen MAS untuk memastikan perjalanan udara yang lancar dengan rangkaian luas rakan kongsi pelayaran itu.

Katanya, inisiatif  itu juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusannya untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pelancongan ASEAN yang sebenar.

“Dengan merapatkan kerjasama dengan syarikat pelayaran terkemuka, bertujuan untuk memenuhi pelbagai pilihan pengembara yang mencari pengalaman yang tiada tandingannya sama ada di udara dan di laut.

“Kerjasama ini juga membolehkan MAS mempromosikan pengalaman perjalanan yang lancar melalui pakej MHcruise,  iaitu lengkap dengan tawaran flycruise Apple Vacations,” katanya.

Tambahnya, pakej tersebut membolehkan pengembara untuk menikmati kemudahan perjalanan udara dan pelayaran pada tambang yang menarik dan kompetitif serta disesuaikan untuk memenuhi pilihan yang pelbagai, sama ada mewah kepada mesra bajet.

“Melalui kerjasama ini, syarikat kami bukan sahaja mengembangkan tawaran tetapi juga menyemarakkan kesan positif di seluruh industri pelancongan Malaysia. 

Dengan memilih pengalaman perjalanan yang tiada tandingan, inisiatif ini bukan sahaja dapat menarik pelawat, tetapi juga memupuk pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang mampan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerjasama itu juga seiring dalam menghidupkan semula landskap perjalanan dengan meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama, lebih-lebih lagi bagi pengembara global.

Sementara itu,  Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Kumpulan Apple Vacations, Datuk Seri Koh Yock Heng, berkata dengan menggabungkan perjalanan udara dan pelayaran yang luar biasa, diyakini akan dapat menyasarkan lebih banyak pengembara luar negara.

Menurutnya, inisiatif itu diwujudkan berikutan melihat percutian pelayaran yang semakin popular, dengan kedua-dua kegemaran serantau seperti Resorts World Cruise dan Royal Caribbean,

Beliau menambah,  pilihan antarabangsa seperti Princess Cruise untuk pakej pelancongan  Alaska dan Peace Boat untuk lawatan global juga menarik tarikan  pelancong. 

Oleh itu, beliau yakin dengan meningkatkan standard perjalanan pengembara dan dapat  memberi pengalaman luar biasa untuk semua pelanggannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×