Saya juga idam konsert sendiri - Jaclyn Victor - Utusan Malaysia

Saya juga idam konsert sendiri – Jaclyn Victor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIKA ditanya siapakah penyanyi yang mencerminkan kehebatan dan ketepatan vokal, pasti nama Jaclyn Victor ada dalam senarai. 20 tahun dia mengemudi bahtera seni dengan jaya dan lancar.

Masakan tidak, dia juara antara juara. Sembilan juara Gegar Vaganza terpaksa akur dengan kehebatan suara dan bakatnya. Namun tidak sekali dia meninggi diri. Tetap berpijak di bumi nyata, kekal untuk dua dekad.

Lantas ramai juga yang tertanya-tanya, memasuki usia 20 tahun dalam industri tidakkah sudah sampai masanya untuk konsert berskala besar pertamanya? Tidakkah dia mengimpikan berdiri di atas pentasnya sendiri?

Jawablah mendapatkan penyanyi Gemilang ini. Sudahkah dia bersedia dengan konsert solonya? Apakah perancangan seninya untuk 2024? Jaclyn, Jawablah!

Terlebih dahulu, kita ucapkan tahniah dengan pelantikan sebagai duta Cuckoo untuk tahun ini. Sebaris dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Phei Yong. Bila kerjasama ini bermula?

Sebenarnya mereka sudah melamar saya sejak dari All Star Gegar Vaganza lagi. Cuma ketika itu saya memang sedang sibuk bertanding, Jadi mereka bagi ruang untuk saya fokus dengan pertandingan.

Saya memang seorang yang mementingkan kesihatan, bertepatan dengan visi jenama itu sendiri. Kita ini hidup hanya sekali, badan pun ada satu sahaja. Tak boleh tukar ganti, pilih baharu.

Kesihatan memang perlu diutamakan. Kita tak boleh pandang rendah bab kesihatan ini. Bila kita sihat, kita boleh buat macam-macam benda. Lagipun saya ada keluarga yang perlu dijaga, kena kerja kuat.

Adakah Jac sebenarnya seorang yang memilih dalam menerima sesebuah tawaran itu? Mungkin ada artis yang asal boleh, tetapi Jac pula bagaimana? Apa kriteria utama dalam menjadi duta?

Kalau hendak kata terlalu memilih itu tidak, kita juga perlu ada toleransi dan perbincangan kan. Tetapi saya rasa sesebuah produk itu perlu selari dengan prinsip saya. Kalau produk tersebut tidak sesuai, memang saya tolak.

Bukanlah hendak kata sombong atau menolak rezeki cuma, saya juga perlu ada prinsip tertentu. Perlu lihat juga keadaan sekeliling. Mungkin tidak bersesuaian dengan isu semasa sebagai contoh, memang tidak.

Bagaimana Jac menjaga kesihatan? Adakah dari segi mengawal pemakanan? Atau memang bersenam itu aktiviti wajib saban hari?

Sebenarnya, kita kena buang persepsi kita akan okay-okay sahaja tanpa sebarang masalah kesihatan. Tak boleh lenjan semua. Sekarang ini pula dengan macam-macam penyakit ditambah dengan pandemik lagi kan.

Macam kita memang boleh kawal, cuma anak-anak itu nak halang mereka makan makan ringan susah. Kita boleh nasihat dan ajar mereka untuk jaga kesihatan dari awal. Jangan minum manis sangat!

Kesedaran itu penting sebenarnya, bermula dari diri kita sendiri. Pemeriksaan kesihatan juga penting. Tak boleh buat main soal kesihatan ini ya.

Atau Jac sedang bersenam untuk konsert solo? Sudah ada perancangan ke?

Sejujurnya kan, bila tengok rakan lain buat konsert, saya seperti pujuk diri sendiri juga, Harap satu hari nanti, peluang itu akan datang juga. Saya memang sudah lama idam konsert solo berskala besar sendiri.

Kalau konsert bersama rakan-rakan penyanyi lain itu, saya sudah buat. Cuma konsert solo ini memang satu kerja besar kan. Banyak perancangan. Tetapi pelan ke arah itu sudah ada, doakan semoga dipermudah.

Adakah ini bermaksud Jac juga bakal melancarkan lagu baharu? Alang-alang mungkin album terus?

Lagu itu ya, sabar tau. Pasal album baharu, tunggu! Mungkin ada kejutan untuk tahun ini. Lama juga kan saya tidak hasilkan album.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×