Terminal bas Shah Alam, Klang sesak perantau balik raya

Terminal bas Shah Alam, Klang sesak perantau balik raya

SUASANA di Terminal 17 Shah Alam, Selangor yang dipenuhi orang ramai yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri, semalam. – MINGGUAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Terminal bas ekspres di bandar raya ini dan Klang Sentral, Klang mulai sesak dengan perantau yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tinjauan Mingguan Malaysia di kedua-dua terminal tersebut mendapati pengunjung sudah membanjiri stesen perantau sejak Jumaat sehingga pagi ini.

Terminal bas di Klang Sentral dan Shah Alam meriah dengan pelbagai ragam orang ramai secara solo dan berkeluarga yang bersemangat untuk balik kampung.

Seorang jururawat hospital swasta, Nurul Ainul Ahmad Rashid, 29, berkata, tahun ini dia memilih untuk balik awal ke Kota Bharu, Kelantan apabila perlu bertugas semula pada hari pertama Syawal.

“Tahun ini, giliran saya pula untuk bekerja pada hari raya kerana sudah bercuti pada tahun lalu. Tetapi, tetap bersyu­kur sebab dapat cuti sebelum raya dan menikmati kemeriahan menjelang hari raya,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, dijangka sebanyak 12.6 juta kenderaan akan berada di semua rangkaian lebuh raya di seluruh negara susulan orang ramai mula meninggalkan kediaman mereka untuk pulang ke kampung halaman sejak Jumaat lalu.

Selain itu, bilik hotel dan inap desa di beberapa negeri dilaporkan hampir habis ditempah oleh para perantau yang pulang behari raya bersama keluarga.

Selain pulang beraya, amalan kunjung-mengunjung juga akan menyaksikan pergerakan ken­deraan di jalan utama dan lebuh raya yang dianggap paling besar di negara ini.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui berkata, mereka yang ada kenderaan memilih menaiki bas dan kenderaan awam lain kerana tidak mahu ‘penat’ dalam kesesakan jalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×