Sejak sekolah bawa poster roket lawan dacing - Anthony

Sejak sekolah bawa poster roket lawan dacing – Anthony

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Imej DAP yang memperjuangkan keadilan dan golongan tertindas membentuk minatnya terhadap ideologi dan perjuangan parti itu sejak mula di sekolah rendah.

Itu kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook  berkata, minatnya untuk memperjuangkan keadilan sosial telah dipupuk sejak dari kecil lagi.

“Dari saya zaman sekolah lagi sudah sinonim dengan logo roket itu. Jadi, ada kawan yang sokong BN, kita akan lawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya bawa poster roket, dia bawa poster dacing dan kita lawanlah dalam kelas. Dari situ terbentuk minat saya dan juga persepsi terhadap parti,” kata beliau dalam audio siar Keluar Sekejap.

Anthony  yang juga Menteri Pengangkutan  berkata, tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menyertai MCA walaupun zaman pengajian di universiti dahulu ramai menyokong parti tersebut.

“Saya sengaja tidak mahu masuk campur kumpulan itu sebab saya tahu bahawa mereka pro-MCA,” ujarnya.

Bagaimanapun, Anthony berkata,punca beliau  menjauhkan diri daripada BN dan MCA bukan disebabkan  bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Tidak, saya rasa faktornya ialah MCA. Saya bukan tak suka BN, saya tak suka MCA,” balasnya.

Jelas beliau, persepsinya ialah MCA tidak mengutamakan kepentingan rakyat khususnya masyarakat Cina sebaliknya MCA dilihat hanya parti untuk orang kaya dan mereka yang ada kedudukan.

“Tetapi itu  hanya persepsi yang mengatakan parti itu hanya untuk orang yang kaya, yang ada kedudukan dan sebagainya. Saya tak kata betul atau salah, tetapi itu hanya persepsi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×