PETALING JAYA: Pemain hoki kebangsaan, Syafiq Hassan berjaya menawan hati ketua jurulatih Sarjit Singh untuk berada dalam senarai 30 pemain fasa kedua latihan pusat Speedy Tigers.
Syafiq berpeluang kembali bersama Speedy Tigers selepas dipilih bagi menggantikan T. Perabu yang menarik diri saat akhir pada hari pertama kem latihan Mac lalu, atas alasan peribadi.
Sarjit berkata, beliau gembira dengan pilihannya menarik pemain pasukan Maybank itu ke kem latihan pada saat akhir dan memberi komitmen sepenuh ketika bersama pasukan.
“Shafiq merupakan pemain yang bekerjasama dalam pasukan. Sifat pemain seperti ini yang saya cari dalam pasukan.
“Walaupun saya memanggil Shafiq ke dalam senarai bagi menggantikan Perabu, beliau tetap mengambil peluang itu dengan cukup sebaiknya.
Selain Shafiq, penyerang Nurinsafi turut Nur Rahull Hrsikesa Thaitchana Muruthi berada dalam senarai selepas beliau memutuskan untuk berhenti pekerjaannya di Pulau Pinang untuk memberi laluan kepada latihannya.
Selepas tempoh latihan fasa kedua ini berakhir, Sarjit akan memendekkan lagi skuad kepada 18 pemain bagi saingan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 di Ipoh pada 4 hingga 11 Mei.
Dijangka senarai terbabit bakal diumumkan selepas perlawanan persahabatan menentang New Zealand pada 1 Mei ini sebagai aksi pemanas badan sebelum saingan PSAS bermula. – UTUSAN









