USM kekal universiti berstatus swaakreditasi sehingga 2027

USM kekal universiti berstatus swaakreditasi sehingga 2027

USM melaksanakan sistem pembantu pensyarah dalam mengurangkan beban kerja tenaga pengajarnya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan pengiktirafan sebagai sebuah universiti berstatus swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sehingga 2027.

Menurut jurucakap USM, pengiktirafan pengekalan status swaakreditasi itu diberi berikutan audit daripada MQA yang berjaya menilai serta mengenal pasti kekuatan serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh USM.

“Agensi tersebut (MQA) juga mengucapkan tahniah kepada USM dengan pencapaian tersebut dan berharap agar keputusan audit itu dapat membantu pihak universiti dalam melaksanakan perancangan untuk masa depan.

“Ia (status swaakreditasi) merupakan satu perakuan yang melayakkan sesebuah Penyedia Pendidikan Tinggi (PPT) mengakreditasi program akademik, pengajiannya sendiri berpandukan kepada kerangka kelayakan Malaysia (MQF) serta standard dan ketetapan yang ditetapkan oleh pihak MQA dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai sebuah universiti berstatus swaakreditasi, pihak MQA akan melaksanakan audit institusi bagi pengekalan status tersebut dalam tempoh masa setiap lima tahun kepada universiti.

“Audit pematuhan swaakreditasi telah dilaksanakan pada 8, 9 dan 14 Februari 2022 dan selanjutnya audit susulan terhadap syarat-syarat pengekalan swaakreditasi telah diadakan pula pada 17 Ogos 2023.

“Setelah selesai audit ini, maka USM telah berjaya mengekalkan statusnya sebagai sebuah universiti berstatus swaakreditasi mulai 25 Mac 2024 sehingga tahun 2027,” katanya.

Tambahnya, pihak universiti merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pusat Swaakreditasi USM yang diterajui Pengarahnya, Profesor Dr. Azura A. Rashid, serta kesemua PTJ lain yang terlibat dalam eksesais pengauditan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×