Kena ambil tindakan - Gabungan Persatuan Muzik Malaysia kecam individu berstatus usahawan cemar imej industri muzik - Utusan Malaysia

Kena ambil tindakan – Gabungan Persatuan Muzik Malaysia kecam individu berstatus usahawan cemar imej industri muzik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Muzik Malaysia, Ayob Abd. Majid, menyokong tindakan memboikot mana-mana selebriti yang keterlaluan dan sengaja mencipta kontroversi dalam mempromosikan lagu. 

Pada masa sama, Ayob juga berharap tindakan tegas dapat diambil sebagai amaran kepada mereka yang menghasilkan kandungan yang boleh menyinggung sensitiviti mana-mana pihak. 

“Boikot adalah tindakan yang bagus. Cara yang mudah ialah kita tekan butang report video tersebut.

“Individu berkenaan bukan sahaja berani menghasilkan kandungan begitu setiap tahun, bahkan semakin berani menampilkan elemen yang lebih kontroversi kerana tiada sekatan dilakukan terhadapnya.

“Menteri kena ambil tahu tentang isu ini. Pasti ada akta yang boleh digunakan untuk membolehkan tindakan diambil. Individu tersebut bukan sahaja mencalarkan maruah industri seni malah turut mempersendakan agama.

“Janganlah kerana isu ini tiada kepentingan politik, maka anda enggan ambil tahu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Ayob juga berpendapat perkara ini dapat diselesaikan sekiranya 16 persatuan muzik bergabung untuk mengecam tindakan individu tersebut. 

“Ramai yang bercakap tentang isu ini. Tindakan lebih serius boleh diambil, 16 persatuan muzik kena tampil bergabung dan mengkritik dan laporkan perkara ini kepada pihak berwajib. 

“Bila banyak laporan dibuat, pasti akan ada tindakan diambil. Dengan ini, dia tidak akan berani menampilkan kandungan yang menyinggung sensitiviti masyarakat lagi,” tambahnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×