Jolokan giant killer buat Sivasangari digeruni lawan

Jolokan giant killer buat Sivasangari digeruni lawan

S. SIVASANGARI bersama trofi dimenanginya selepas menewaskan Haniaa El Hammamy dalam perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Klasik London, kelmarin. – IHSAN LONDON SQUASH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas lima tahun Datuk Nicol David bersara, Malaysia akhirnya me­ne­mukan pengganti yang la­yak mengisi kekosongan tempat ratu skuasy negara itu.

Kejayaan S. Sivasangari merangkul gelaran Skuasy Klasik London yang berstatus gold di GillenMarkets London, England, kelmarin diraikan oleh seluruh warga Malaysia.

Pemain berusia 25 tahun itu membenam bintang No. 2 dunia, Haniaa El Hammamy dari Mesir 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 dalam aksi yang berlanjutan satu jam 21 minit.

Sivasangari yang mendapat jolokan giant killer menenggelamkan seorang demi seorang jaguh dunia bermula juara dunia tujuh kali yang juga pemain No. 1 dunia, Nour El Sherbini dari Mesir 11-9, 11-9.

Kalau kemenangan itu lebih kepada tuahnya yang bermain dalam format tiga set tetapi pada separuh akhir format lima set dikembalikan dan Sivasangari mengejutkan pemain No. 4 dunia, Nele Gilis dari Belgium 10-12, 11-7, 11-8, 10-12, 11-9.

Dia yang berjaya memperbaiki ranking kepada 13 dunia mengakui sukar untuk menterjemahkan dengan kata-kata tentang kejayaan besarnya itu.

“Sukar untuk saya jelaskan dengan kata-kata, saya sangat gembira cara saya mengendalikan diri sendiri, minggu ini, apabila menewaskan pemain yang berada dalam kelompok empat terbaik dunia, kesemua mereka merupakan pemain yang sangat bagus.

“Haniaa pula telah menjadi pesaing sejak saya remaja lagi, saya berada di mata akhir sewaktu set keempat, tetapi, saya gagal menukarkannya kepada kemenangan dan dalam set kelima saya cuba untuk kekal tenang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×