Tiga syarikat peralatan lektrik rugi ditipu 'kakitangan PPD' - Utusan Malaysia

Tiga syarikat peralatan lektrik rugi ditipu ‘kakitangan PPD’

Tiga syarikat peralatan lektrik rugi ditipu 'kakitangan PPD'
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga pemilik syarikat peralatan elektrik di daerah ini mengalami kerugian keseluruhan hampir RM100,000 selepas ditipu berkaitan pembelian alat janakuasa mudah alih.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, kejadian bermula apabila mangsa dihubungi suspek yang mengaku kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus pada 19 dan 21 Mac lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek memperkenalkan diri sebagai ‘Mohd. Izuddin’ mahu membeli alat janakuasa mudah alih untuk kegunaan PPD namun semua mangsa tiada bekalan produk tersebut.

Mazli berkata, suspek telah mencadangkan pembekal bagi menyediakan alat janakuasa mudah alih kepada pihak syarikat mangsa sehingga memperdayakan kesemua mereka yang berusia 30 sehingga 60 tahun itu.

“Ketiga-tiga mangsa kemudian menghubungi pembekal yang bersekongkol dengan suspek
untuk membuat tempahan lalu membuat bayaran keseluruhan berjumlah RM95,136 ke atas sebuah akaun diminta suspek.

“Pembekal seterusnya memaklumkan sudah menghantar barang berkenaan ke PPD Kuala Nerus namun mangsa belum menerima pembayaran atas pelbagai alasan oleh suspek.

“Hasil semakan oleh kesemua mangsa tiada kakitangan bernama ‘Mohd. Izuddin’ serta tiada penawaran tender berkaitan pembelian alat janakuasa mudah alih oleh PPD tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, Mazli memberitahu pihaknya menerima 102 laporan iaitu peningkatan enam kes jenayah komersial dalam tempoh seminggu bermula 24 sehingga 30 Mac berbanding minggu sebelumnya.

Beliau menjelaskan, daripada jumlah itu 27 kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu membabitkan nilai kerugian RM440,024.60. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×