KOTA BHARU: Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) bersedia menyalurkan sebarang berkaitan penangkapan seorang lelaki Israel oleh polis pada Rabu.
Timbalannya Adly Zahari bagaimanapun berkata, perkara tersebut berada dibawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Kita di Mindef akan sentiasa memberi kerjasama kalau diminta memberikan maklumat.
“Sebab fokus kita (Mindef) adalah menjaga kedaulatan dan sempadan negara. Saya fikir KDN mempunyai tanggungjawab dalam isu keselamatan negara kita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa Majlis Temu Rapat Madani Nelayan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Kelatan yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil di sini hari ini.
Utusan Online semalam melaporkan tindakan seorang lelaki Israel menggunakan pasport negara Perancis untuk masuk ke ibu negara terbongkar selepas ditahan PDRM di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.
Lebih mengejutkan tangkpan ke atas lelaku berusia 36 tahun yang masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut menemukan enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pemeriksaan di bilik hotel menemukan senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger berserta peluru yang diletakkan di dalam beg milik lelaki tersebut.
Kata beliau, siasatan mendapat kesemua senjata berkenaan dibeli oleh suspek sebaik tiba di negara ini dengan menggunkan mata wang kripto dengan pembayaran yang belum diketahui.-UTUSAN









