Lelaki Israel hidup mewah selepas tiba di KL - Utusan Malaysia

Lelaki Israel hidup mewah selepas tiba di KL

Senjata api dan peluru hidup yang dirampas polis selepas menahan seorang lelaki Israel di sebuah hotel di Jalan Ampang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Suspek lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam senjata api dan 200 butir peluru pada 27 Mac lalu dikesan hidup mewah ketika berada di negara ini.

Suspek yang tiba ke negara ini sejak 12 Mac lalu juga didakwa menginap dan mendaftar masuk ke hotel lima bintang.

Satu sumber mendedahkan kepada sebuah media tempatan, sepanjang berada di negara ini, suspek juga dilihat membeli belah di sebuah pusat beli belah mewah yang terletak di ibu negara.

“Suspek dilihat sangat mewah, kerana ada berkunjung dan makan di restoran lima bintang di ibu negara,”katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan sepasang suami isteri ditahan di bazar Ramadan di Kuala Selangor selepas disyaki membekalkan senjata kepada suspek lelaki Israel itu.

Soal siasat terhadap pasangan berkenaan mengakui mereka membeli senjata di Thailand diserahkan kepada seorang lelaki warga asing dipercayai rakyat Israel yang ditahan.

Semalam, seorang lelaki warga Israel menggunakan pasport negara Perancis untuk masuk ke ibu negara terbongkar selepas dia ditahan polis di sebuah hotel di Jalan Ampang dekat sini pada Rabu lalu.

Lelaki berusia 36 tahun yang masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut menemukan enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru.

Pemeriksaan di bilik hotel menemukan semua senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4 ; Smith and Wesson ; Sih Sauer dan Stoeger serta peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Siasatan polis mendapati, semua senjata berkenaan dibeli suspek sebaik tiba di negara ini dengan menggunakan mata wang kripto.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×