TUMPAT: Seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemukan lemas di dalam sungai Kampung Baru Nelayan di sini hari ini.
Mayat lelaki berkenaan ditemukan oleh seorang wanita pada pukul 1.40 petang
Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Khairil Shafie berkata, pemeriksaan awal yang dilakukan mendapati mayat tersebut lengkap berpakaian.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat selepas dibawa naik ke darat oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat.
“Hasil bedah yang dijalankan mendapati kematian mangsa berpunca akibat lemas,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Mohd. Khairil memberitahu, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.-UTUSAN











