Tahan rakyat Israel: Kawalan keselamatan Agong, PM dipertingkat

Tahan rakyat Israel: Kawalan keselamatan Agong, PM dipertingkat

Razarudin Hussain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kawalan di seluruh negara termasuk keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipertingkat susulan penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam senjata serta 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, pada Rabu lalu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya berwaspada dengan mengambil langkah awal meningkatkan kawalan keselamatan terhadap golongan kenamaan di negara ini. 

“Melihat kepada isu Palestin-Israel ketika ini, kita perlu berwaspada dengan tahap keselamatan golongan kenamaan membabitkan Yang di-Pertuan Agong dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa individu lain. 

“Dakwaan dia datang ke Malaysia untuk membunuh individu dari Israel juga tidak boleh diterima sepenuhnya kerana lelaki terbabit mungkin ada agenda lain,” katanya dalam sidang akhbar di Masjid Al-Amin, Markas Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki warga Israel menggunakan pasport negara Perancis untuk masuk ke ibu negara terbongkar selepas dia ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah hotel di Jalan Ampang dekat sini pada Rabu lalu. 

Lelaki berusia 36 tahun yang masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut menemukan enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru.

Pemeriksaan di bilik hotel menemukan semua senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4 ; Smith and Wesson ; Sih Sauer dan Stoeger serta peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Siasatan polis mendapati, kesemua senjata berkenaan dibeli suspek sebaik tiba di negara ini dengan menggunakan mata wang kripto.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×