Lelaki ditahan bersama 500 bijil pil yaba

Lelaki ditahan bersama 500 bijil pil yaba

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Penahanan seorang lelaki oleh polis dalam serbuan di belakang sebuah rumah yang tidak bernombor di Kampung Pachakan di sini membawa kepada rampasan 500 biji pil yaba.

Serbuan pukul pukul 7 malam itu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh membawa kepada rampasan dua botol dadah mengandungi herion.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, nilai keseluruhan rampasan dadah itu dianggarkan berjumlah RM6,100.

Menurutnya, hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine kesan pengambilan pil yaba.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×