MBPG ambil sampel 20 sungai dua bulan sekali - Utusan Malaysia

MBPG ambil sampel 20 sungai dua bulan sekali

ASMAN SHAH ABD. RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) akan mengambil sampel kesemua 20 sungai yang terdapat di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu setiap dua bulan sekali bagi memastikan isu pencemaran tidak berulang.

Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman berkata, setiap sungai melibatkan tiga pengambilan sampel berbeza, iaitu masing-masing di kawasan hulu, tengah dan kuala yang bertujuan memastikan lokasi tepat yang telah tercemar bagi membolehkan tindakan segera diambil.

“Selain itu, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) juga telah menyediakan tiga langkah utama dalam mencegah pencemaran alam di kawasan berkenaan.

“Langkah itu termasuk memasang ‘log boom’ atau perangkap sampah, peranti ‘smart pole’ dan membina saluran utama (main drain),” katanya ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Media Johor, di sini semalam.

Asman Shah berkata, MBPG juga akan memasang 200 peranti ‘smart pole’ di kilang dan sungai berisiko pencemaran termasuk Sungai Kim Kim bagi memantau serta mengesan aktiviti pencemaran secara lebih berkesan.

“Peranti yang dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) itu mempunyai kemudahan penggera selain akan mengeluarkan siren amaran sekiranya mengesan pencemaran di kawasan berhampiran.

“Sebagai permulaan, peranti bernilai antara RM50,000 hingga RM100,000 itu akan dipasang di 20 kilang terpilih bermula Jun ini sebelum diperluas ke 200 lagi kilang dan sungai berisiko berlaku pencemaran,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×