Tipu katering majlis perkahwinan: Pengusaha masih gagal dikesan - Utusan Malaysia

Tipu katering majlis perkahwinan: Pengusaha masih gagal dikesan

HOO Chang Hook (baris depan, lima dari kanan) bergambar bersama penerima sijil penghargaan serta pegawai dan anggota polis Majlis Sambutan Hari Polis ke-217 Peringkat IPD Jempol hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Polis meminta seorang wanita untuk tampil membantu siasatan berhubung kes penipuan urusan katering di satu majlis perkahwinan di Bandar Seri Jempol, di sini pada 25 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Fauziah Abdul Hamid, 40, dengan alamat terakhir dari Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor, masih tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Menurutnya, wanita berkenaan begitu licik sehinggakan dipercayai pernah menghubungi pegawai penyiasat kes melalui individu yang mendakwa sebagai peguam wanita tersebut untuk menyelesaikan kes dengan membuat bayaran kepada mangsa.

“Bagaimanapun kami minta dia untuk datang ke balai untuk bantu siasatan, namun dia enggan untuk memberikan kerjasama. Berdasarkan siasatan lanjut, syarikat katering berkenaan beroperasi menggunakan nama suaminya dan suaminya itu juga menghilangkan diri.

“Kes ini masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Wanita ini juga malahan dikehendaki dalam tiga kes lain membabitkan penipuan antaranya di Selangor,” katanya kepada pemberita pada Hari Polis ke-217 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu tersebut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Norhisham Zulkifli di nombor 017-6219957 atau 06-4582222 sambungan 102.

Pada 25 Disember tahun lalu media melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin yang ditawarkan oleh sebuah syarikat katering.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×