Agong zahir penghargaan jasa polis - Utusan Malaysia

Agong zahir penghargaan jasa polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas khidmat dan jasa yang disumbangkan dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.

Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM turut menghargai sumbangan serta jasa pesara-pesara polis yang turut berkhidmat mencurahkan sumbangan mereka dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.

“Selamat menyambut Hari Polis Ke-217 kepada seluruh warga PDRM dan para veteran,” titah Seri Paduka menerusi satu hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hari Polis yang disambut hari ini dengan mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×