5 hobi unik artis Korea Selatan - Utusan Malaysia

5 hobi unik artis Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU dah namanya selebriti, mesti anda akan ingat hobi mereka bernyanyi atau menari. Jangan tersilap, kerana kebanyakan artis terkenal dari negara itu mempunyai hobi unik tersendiri. 

Rata-ratanya mempunyai minat khusus bagi mengisi masa lapang yang semestinya mengejutkan peminat masing-masing. 

Cerita tersebut akhirnya diketahui selepas artis itu dijemput menghadiri rancangan jenis game show yang sangat popular dalam kalangan artis mereka. 

Berikut kami tampilkan lima hobi unik daripada artis terkenal Korea Selatan.

Park Hae Jin – Koleksi kasut, patung gundam 

KALAU anda belum tahu, pelakon Cheese in The Trap ini sangat menggilai koleksi kasut sneaker. 

Selalunya, Park akan mengumpul kasut jenama Nike dan sanggup membelinya dengan harga mahal. 

Dia juga mempunyai lebih seribu koleksi kasut dan mempunyai satu bilik besar khas untuk koleksi kasutnya itu. 

Bukan hanya kasut, dia juga mengumpul kira-kira 1,000 patung gundam pelbagai saiz di biliknya.

N VIXX – Buat lilin 

PELAKON dan juga penyanyi ini mempunyai hobi yang sangat menakjubkan iaitu membuat lilin.

Semasa sesi ramah mesra bersama peminat di Jepun, N telah menjual kira-kira 630 batang lilin. Hasil jualan didermakan kepada mangsa tsunami di negara itu.

V BTS – Fotografi 

BARU-BARU ini tular gambar seorang barista yang mempunyai wajah iras V dari kumpulan BTS. 

Namun, jangan tertipu. V bukanlah seorang yang mempunyai hobi membuat kopi tetapi sangat berbakat menangkap gambar. 

Sebelum ini, V secara terbuka pernah memuji kecantikan gambar yang diambil oleh seorang jurufoto bernama Ante Badzim. 

Kadangkala, menerusi hantaran di media sosial, V sengaja menggabungkan namanya dengannya menjadi Vvvante.

Ji Chang Wook –Motosikal besar 

PELAKON serba boleh berwajah jambu yang sering membawakan watak hero dalam drama ini mesti sering disalah anggap mempunyai hobi seperti memasak. Namun, Ji rupanya sangat menyukai motosikal.

Pelakon Welcome To Samdal-ri itu pernah memuat naik fotonya bersama motosikal di samping mendedahkan mempunyai geng motor yang terdiri daripada teman rapatnya.

Sungjae – Memancing 

PADA usia yang sangat muda, siapa sangka artis yang satu ini gemar memancing. 

Dia sangat mahir memancing sehingga pernah mendapatkan ikan sebesar 70 sentimeter di Sungai Han. Sungjae memperoleh hobi itu daripada datuknya. 

Pada 2017, Sungjae diundang menyertai rancangan memancing sekali gus mendedahkan sudah lama mempunyai impian untuk beraksi di rancangan memancing.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×