Bantu anak yatim menerusi belian emas

Bantu anak yatim menerusi belian emas

MURTADHATUMIZI Mustapa (dua kiri)  menyerahkan  sumbangan berbentuk affiliate bernilai RM95,940 bagi membantu mengukuhkan kewangan enam buah rumah anak-anak yatim di negeri ini pada majlis MZ Gold Rai Asnaf di Kota Bharu, Kelantan semalam-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang peniaga emas menyerahkan sistem ejen atau affiliate bernilai RM95,940 bagi membantu mengukuhkan kewangan enam buah rumah anak-anak yatim di negeri ini.

Murtadhatumizi Mustapha berkata, idea itu timbul selepas pihaknya berjaya membantu seorang lelaki yang lumpuh dan hilang upaya bekerja menjana pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan.

“Melihat kejayaan itu, saya terpanggil untuk membantu rumah anak-anak yatim menjana pendapatan bagai mengukuhkan kewangan mereka menerusi affiliate. Sebagaimana yang kita tahu, kos pengurusan rumah anak-anak yatim ini agak tinggi.

“Jadi, melalui cara ini, pelanggan yang membeli emas dengan kami iaitu MZ Gold. Sdn. Bhd boleh memilih untuk menyalurkan sumbangan kepada mana-mana rumah anak yatim berdaftar dengan sistem tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis MZ Gold Rai Asnaf di sini semalam.

Murtadhatumizi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MZ Gold memberitahu, sebagai permulaan sebanyak 30 akaun  affiliate telah diberikan kepada rumah anak-anak yatim terlibat iaitu Darul Mizan dan Darul Huffaz (Bachok), Siti Aminah (Pasir Pekan, Tumpat), Lilbanat Darul Naim (Machang) serta Darul Sa’adah (Tok Bali, Pasir Puteh).

Katanya, setiap daripada rumah anak-anak yatim itu akan menerima antara dua hingga tiga akaun.

“Target saya, setiap rumah anak-anak yatim ini mampu menjana pendapatan sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

“Bagi memastikan sasaran itu dicapai, kami akan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar bagi memastikan mereka berjaya menjana pendapatan sebagaimana yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Murtadhatumizi berkata, selagi MZ Gold kukuh dipasaran rumah anak-anak yatim tersebut akan terus mendapat manfaat melalui sistem tersebut.

Katanya, setakat ini MZ Gold mempunyai cawangan di Kelantan (Kota Bharu dan Kuala Krai), Terengganu (Jertih), Pahang (Kuantan) dan Pulau Pinang (Bandar Baru Perda).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×