Penyelidik UTeM menang geran WWF - Utusan Malaysia

Penyelidik UTeM menang geran WWF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya memenangi geran penyelidikan Eco Champion Awards 2021 daripada World Wide Fun for Nature (WWF).

Naib Canselornya, Prof. Dr. Raha Abdul Rahim berkata, kemenangan itu merupakan pengiktirafan oleh WWF Malaysia terhadap kumpulan penyelidik yang menjalankan akitiviti berkaitan inisiatif hijau dan alam sekitar kepada komuniti setempat.

Beliau berkata, ia dinilai melalui inisiatif membangunkan sistem pemantauan kualiti air tawar berasaskan internet kebendaan (IoT) yang efektif dan berkos rendah.

“Usaha ini adalah untuk membantu pihak berkuasa memantau dan mengawasi kualiti air tawar secara jauh dan mengesan sebarang pencemaran air tawar yang sedang berlaku dengan lebih awal.

“Kumpulan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) diketuai oleh Ir. Ts. Dr. Ranjit Singh Sarban Singh bersama ahlinya, Ir. Siti Aisyah Anas serta Muhammad Faiz Mohd. Kamal yang merupakan pelajar pascasiswazah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penglibatan mereka dalam pertandingan itu. Ranjit Singh berkata, pada fasa awal, mereka telah menyempurnakan kertas cadangan projek pada 15 Disember 2020.

Jelasnya, penghasilan video pendek telah dilengkapkan sebelumnya bagi menerangkan tentang cadangan projek yang disempurnakan pada 27 Januari lalu.

“Seterusnya hasil keputusan penilaian mengumumkan projek cadangan kumpulan kami telah berjaya terpilih dan memenangi geran khas bernilai RM3,000 ini.

“Dengan geran yang telah dimenangi maka program selanjutnya akan dijayakan seperti pembangunan sistem, pengujian sistem dan penyediaan laporan dalam tempoh projek sebenar bermula 31 Mac hingga 10 Jun 2021 selama 10 minggu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×