MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) memperkukuh jaringan antarabangsa menerusi kerjasama strategik bersama Grozny State Oil Technical University (GSOTU), Rusia dalam bidang komputeran termaju. Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, kerjasama itu memberi fokus kepada empat teras utama termasuk perkongsian kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penyelidikan bersama, mobiliti pelajar serta geran padanan. Katanya, kerjasama berkenaan mampu membuka peluang lebih besar kepada UTeM untuk bergerak lebih agresif…










