Pelanggaran undang-undang negara tidak boleh terlepas

Pelanggaran undang-undang negara tidak boleh terlepas dengan hanya permohonan maaf – ISMA 

AHMAD Firdaus Ahmad Adzme (empat, dari kanan) dan beberapa wakil pertubuhan ISMA membuat laporan polis di Balai Polis Pantai, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ikatan Muslimin Malaysia Kuala Lumpur (ISMA) membuat laporan polis di Balai Polis Pantai, Jalan Pantai Baharu, semalam untuk menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat memperkotak-katikkan kesucian nama Allah SWT. 

Yang Dipertua ISMA, Ahmad Firdaus Ahmad Adzme berkata, pihaknya memandang serius isu penghinaan terhadap Islam yang menyaksikan penjualan stoking tertera nama Allah di beberapa kedai rangkaian serbaneka.

Sehubungan itu, katanya, umat Islam wajar menyatakan kemarahan dan kekesalan terhadap insiden tersebut selain yakin kejadian seperti itu pasti berulang jika tiada tindakan dan hukuman setimpal dikenakan kepada pihak terlibat.

“Pihak yang terlibat merupakan rakyat Malaysia yang sepatutnya sudah faham tentang garis sempadan sensitiviti umat Islam, tetapi seolah-olah sengaja mahu mencabar dan menguji kesabaran dan toleransi umat Islam.

“Mereka melakukan kesalahan dengan menimbulkan suasana tidak selesa dalam kalangan umat Islam. 

“Sebarang pelanggaran undang-undang negara tidak boleh terlepas dengan hanya permohonan maaf, apatah lagi dalam insiden ini adalah penghinaan terhadap nama suci Allah SWT,” katanya dalam kenyataan. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×