JPNJ beri kaunseling kepada tiga pelajar mangsa liwat - Utusan Malaysia

JPNJ beri kaunseling kepada tiga pelajar mangsa liwat

AZNAN Tamin (dua dari kiri) bertanya khabar para pelajar semasa mengadakan lawatan ke SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada tiga remaja lelaki yang disyaki menjadi mangsa liwat seorang pemimpin sayap pemuda sebuah parti politik di Mersing.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, khidmat kaunseling itu akan dilakukan dalam masa terdekat mengikut kesesuaian pelajar tersebut bagi membantu mereka memulihkan semangat ekoran jenayah tersebut.

“Kita akan uruskan khidmat kaunseling itu kepada remaja berkenaan. Ini merupakan usaha JPNJ bagi membantu pelajar tersebut (yang berdepan detik hitam itu),” katanya ketika diminta mengulas apakah langkah JPNJ bagi membantu mangsa-mangsa berkenaan.

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra, di sini hari ini.

Semalam, polis mengesahkan menerima lima laporan berkaitan kes liwat daripada enam lelaki termasuk tiga pelajar yang membabitkan seorang pemimpin sayap pemuda sebuah parti politik di Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, susulan itu, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan kes tersebut.

Walau bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya berakhir hari ini.

Aznan berkata, pihaknya menyerahkan siasatan perkara tersebut kepada pihak polis sebelum mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×