Insentif galak orang muda kekal sektor kerajaan

Insentif galak orang muda kekal sektor kerajaan

RAKYAT Malaysia terutama golongan muda lebih memilih bekerja secara fleksibel dengan hanya tiga hari bekerja di pejabat dalam seminggu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TANPA insentif pencen yang kukuh, bakat-bakat muda cenderung untuk mencari peluang di sektor swasta yang mungkin menawarkan faedah dan ganjaran yang lebih baik. Pemansuhan pencen boleh menyebabkan sektor awam kehilangan staf pengalaman dan pengetahuan yang memilih untuk bersara awal. Ini boleh mempengaruhi kesinambungan pengetahuan dalam organisasi dan menyebabkan kekurangan tenaga mahir.

Pusing ganti pekerja yang tinggi menyebabkan aliran kerja menjadi kurang teratur dan menambah bebanan kerja. Selain proses pengambilan pekerja yang panjang, pusing ganti pekerja yang tinggi akan memberikan impak negatif kerana organisasi perlu menanggung kos perbelanjaan melibatkan pengambilan, latihan dan kos yang ditanggung untuk mengatasi pertukaran pekerja.

Pemansuhan pencen penjawat awam, terutama jika tidak disertai dengan strategi pengurusan kewangan yang bijak dari individu boleh menyebabkan pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kehabisan wang saraan dalam tempoh singkat.

Justeru, bagi menarik anak-anak muda bekerja dan kekal dalam sektor awam selepas ini, kerajaan boleh memperuntukkan insentif yang khusus untuk digunakan selepas tamat perkhidmatan. Insentif didapati melalui pengiktirafan dan anugerah yang cemerlang semasa perkhidmatan mereka.

Insentif yang diberikan ini boleh ditukar kepada perkhidmatan, bantuan kewangan, kesihatan, pendidikan atau latihan selepas menamatkan perkhidmatan. Program ini bukan sahaja menggalakkan penjawat awam kekal bekerja dalam sektor awam, malah juga berupaya meningkatkan motivasi dan prestasi mereka.

Untuk tujuan memansuhkan pencen, kerajaan perlu merancang dan melaksanakan beberapa inisiatif bagi menjamin kehidupan mereka akan kekal terjamin, lestari dan sejahtera selepas tamat perkhidmatan.

Penerapan literasi kewangan ini termasuk cara merancang perbelanjaan dan pelaburan di tempat yang betul bagi mengelakkan penjawat awam terpalit dengan hutang dan muflis selepas bersara. Selain itu, penjawat awam perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan selepas menamatkan perkhidmatan.

Kerajaan perlu memberi sokongan untuk penglibatan pekerjaan separuh masa, sambilan atau keusahawanan melalui penyediaan beberapa program kemahiran dan latihan kerjaya.

Kerajaan juga boleh merancang untuk melaksanakan pembaharuan skim simpanan persaraan seperti yang dianjurkan oleh ahli ekonomi seperti pencen asas sejagat. Sistem ini boleh dibiayai melalui geran kerajaan, pendapatan daripada pelaburan awam, skim caruman bagi yang berkemampuan dan tambah nilai sosial bagi yang kurang berkemampuan.-UTUSAN

AAINAA AMIRAH HARON
PENYELIDIK Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×