Batu Gajah diterangi lampu hiasan 

Batu Gajah diterangi lampu hiasan 

STEVEN Tiw Tee Siang (tengah) bersama penduduk menyaksikan kerja-kerja pemasangan lampu hiasan sempena Hari Raya Aidilfitri di Batu Gajah. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Penduduk di sekitar daerah ini teruja dapat menyaksikan kerja-kerja pemasangan lampu hiasan berbentuk bulan, bintang dan ketupat di sekitar pekan lama di sini sempena Hari Raya Aidilfitri.

Marlina Omar, 47, dari Kampung Seri Mariah berkata, ini merupakan kali pertama komuniti kampung dipanggil untuk melihat sendiri pemasangan lampu hiasan Hari Raya Aidilfitri dibiayai Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh dan Pejabat Ahli Parlimen Batu Gajah. 

“Kami teruja dan suasana meriah kerana pemasangan ini dibuat selepas selesai solat sunat tarawih,” katanya.

Turut hadir menyaksikan pemasangan lampu berwarna-warni itu ialah ketua-ketua kampung dari Pusing, Bemban, Seri Khatan, Merbau, Serkai Jadi Kurnia dan Seri Mariah. 

Sementara itu, ADUN Tronoh, Steven Tiw Tee Siang berkata, pemasangan lampu tersebut melibatkan peruntukan lebih RM5,000. 

“Peruntukan tersebut adalah daripada pihak ADUN Tronoh dan juga Ahli Parlimen Batu Gajah. 

“Kebiasaannya, lampu Hari Raya Aidilfitri dipasang di tengah-tengah Menara Jam Batu Gajah tetapi kali ini kita mahukan kelainan sedikit dengan menerangi kawasan sekitar pekan lama ini.

“Penduduk sekitar mahupun pengunjung pekan ini dialu-alukan untuk mengambil gambar di kawasan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×