Tunggu dan lihat punca ramai belum daftar PICK - Utusan Malaysia

Tunggu dan lihat punca ramai belum daftar PICK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sikap tunggu dan lihat kebanyakan rakyat di negara ini menjadi salah satu faktor kepada rendahnya pendaftaran vaksin Covid-19.

Kebanyakan mereka berbuat demikian kerana ada individu yang mendaftar awal masih belum menerima maklum balas daripada Kementerian Kesihatan.

DI PERAK: Jumlah individu yang berdaftar ialah sebanyak 406,380 orang dengan peratusan sangat rendah iaitu 21.1 peratus daripada jumlah penduduk negeri.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, punca pendaftaran rendah adalah sikap rakyat yang mahu tunggu, takut menerima suntikan selain masalah capaian internet di kawasan pedalaman khususnya bagi masyarakat Orang Asli.

DI MELAKA: Seramai 194,203 iaitu 27.7 peratus rakyat negeri itu mendaftar imunisasi vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Angka tersebut bagaimanapun menunjukkan peningkatan daripada 24 peratus atau bersamaan 170,743 orang daripada 701,000 individu yang layak.

Perkara ini turut diakui Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang berkata ada pihak terutama di kawasan luar bandar tidak tahu berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Dua faktor ini diambil kira dan kita akan meningkatkan penyampaian dan komunikasi bagi memastikan kadar pendaftaran meningkat segera, “ katanya dalam sidang akhbar semalam.

Dalam pada itu, seramai 250, 633 daripada 1.1 juta orang penduduk di Negeri Sembilan telah mendaftar vaksin Covid-19 setakat kelmarin.

Berdasarkan data daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), jumlah tersebut merangkumi kira-kira 29.5 peratus yang telah membuat pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera.

Setakat tarikh yang sama, seramai 17, 279 individu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 dan masih ada yang belum memperoleh dos kedua di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, hasil maklum balas yang diterima, ramai tidak mendaftar disebabkan bimbang kesan sampingan yang teruk.

DI PULAU PINANG: Seramai 444,185 orang telah mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 di negeri berkenaan.

Menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow, seramai 28,316 orang telah menerima vaksin tersebut daripada lebih 31,000 orang yang layak dalam fasa pertama.

Jelas beliau, baki kira-kira 3,000 orang lagi layak dalam fasa pertama itu sedang menunggu giliran masing-masing untuk menerima suntikan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×