Pindaan AUKU diluluskan, benarkan MPP terima sumbangan

Pindaan AUKU diluluskan, benarkan MPP terima sumbangan

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menerima sumbangan daripada entiti yang sah.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, penambahbaikan pada Seksyen 15A akta tersebut membenarkan MPP dan badan pelajar untuk memungut wang serta menerima sumbangan.

Bagaimanapun, jelas beliau, ia perlu tertakluk pada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, pindaan kepada Seksyen 15A ini masih tidak membenarkan pelajar atas kapasiti individu untuk terlibat dengan aktiviti pungutan wang atau penerimaan wang atau apa-apa sumbangan lain.

“Melainkan jika tindakan tersebut dibuat atas nama atau bagi pihak MPP atau mana-mana badan pelajar universiti,” katanya dalam Dewan Rakyat.

Untuk rekod, serama 23 ahli Parlimen menyertai pembahasan Rang Undang-Undang (RUU) AUKU yang dibentangkan bagi bacaan kedua dan ketiga oleh Dr. Zambry.

RUU pindaan AUKU itu bakal menyaksikan beberapa seksyen dalam akta tersebut dipinda iaitu membabitkan Seksyen 15 dan 16 AUKU serta Seksyen 48(4), Seksyen 48(11), Seksyen 48(12) dan Seksyen 49(2) Jadual Pertama AUKU.

Pindaan tersebut merangkumi kuasa menentukan tindakan tatatertib ke atas pelajar di universiti awam bakal dipindahkan ke Jawatankuasa Tatatertib Pelajar dan bukan lagi berada di bawah kuasa Naib Canselor.

Pindaan tersebut merangkumi pemindahan kuasa menentukan tindakan tatatertib ke atas pelajar di universiti awam ke Jawatankuasa Tatatertib Pelajar daripada Naib Canselor.

Selain itu, tempoh penggal bagi MPP yang ditetapkan setahun sebelum ini turut akan dipinda, yang mana pihak berkuasa universiti atau lembaga boleh melanjutkan tempoh keahlian apabila pilihan raya kampus tidak dapat dilaksanakan pada tempoh ditetapkan.

Untuk rekod, Dewan Rakyat pada 10 Disember 2018 meluluskan pindaan Auku membabitkan pemansuhan Seksyen 15(2)(c), yang menghalang mahasiswa terbabit dalam kegiatan politik di kampus.

Zambry berkata, walaupun Seksyen 15A dipinda ia tetap tidak membenarkan pelajar atas kapasiti individu untuk terbabit dalam aktiviti pemungutan, penerimaan wang atau apa-apa sumbangan.

“Melainkan dibuat atas nama atau bagi pihak MPP atau mana-mana pelajar universiti,” jelasnya.

Tambahnya, Seksyen 48(12a) turut dipinda seiring dengan pindaan Seksyen 48(11b) Jadual Pertama akta tersebut yang membenarkan MPP membuka dan mengurus akaun dengan mana-mana institusi kewangan sah.

“Seksyen 48(12a) juga dipinda untuk mewujudkan peraturan baharu yang akan dijadikan panduan kepada MPP dan pemegang jawatan dalam mengurus wang atau akaun. Peraturan yang akan diperkenalkan ini adalah peraturan am yang digunakan dalam urusan kewangan. 

“Sebagai contoh pengeluaran resit rasmi bagi penerimaan wang, sumbangan yang boleh diterima dan lain-lain. Peraturan yang diperkenalkan bertujuan mendidik pelajar atau sebagai rujukan kepada mereka dalam menguruskan kewangan MPP dan persatuan masing-masing kelak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini