Medan terakhir buru tiket ke Paris 2024

Medan terakhir buru tiket ke Paris 2024

Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli akan mengetuai skuad memanah recurve berpasukan negara ke Kejohanan Dunia di Altanya, Turkiye sebagai medan akhir memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat pema­nah lelaki negara mengidamkan misi ke Antalya, Turkiye pada Jun ini berakhir kejayaan dalam menempah tiket ke Sukan Olim­pik Paris 2024.

Antalya merupakan tuan rumah bagi Kejohanan Memanah Dunia 2024 serta menjadi pusi­ngan kelayakan terakhir mereka ke Paris.

Skuad negara dibarisi Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli, Muhammad Syafiq Busthamin, Muhammad Danish Amsyar Norazlan dan Mohamad Firdaus Mohd Rusmadi dalam melayakkan diri dalam acara berpasukan recurve lelaki.

Zarif merupakan pemanah berpengalaman dalam skuad itu berkata, keserasian antara mereka berempat antara kunci kejayaan dalam merealisasikan impian untuk ke temasya empat tahun sekali itu.

Menurutnya, hanya Firdaus yang serasi dengannya kerana mereka dalam satu pasukan ketika Sukan Asia Tenggara (SEA) 2021 di Hanoi.

“Walaupun saya pernah beraksi dengan Firdaus, tetapi ketiga pemanah tersebut boleh dianggap masih baharu.

“Namun itu hanya cabaran kecil. Saya selalu berkomunikasi dengan jurulatih tentang bagaimana dan latihan diperlukan untuk menghadapi kejohanan.

“Setiap kelemahan dari kami mahupun secara individu akan dibincangkan kepada jurulatih untuk memperbaiki dengan segera,” katanya.

Zarif berkata, sebelum berlepas ke Antalya, mereka akan bersaing dua lagi kejohanan dunia di mana China merupakan peringkat pertama dan Korea Selatan menyusul selepas itu.

“China dan Korea menjadi medan pemanas badan buat kami. Di Antalya kami perlu berada di podium untuk melayakkan diri ke Paris.

“Saya lihat di Antalya peluang dalam acara berpasukan lebih cerah berbanding individu. Jadi kami akan persiapkan diri menjelang kejohanan ini,” katanya.

Kem memanah negara bakal menghadapi tiga siri kejohanan dunia di Shanghai (23 April), Yecheon (21 Mei) dan Antalya (18 Jun) yang menjadi pusingan terakhir kelayakan ke Olimpik.

Setakat ini, hanya Ariana Nur Dania Mohamad Zairi mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas meraih pingat emas pada Kejohanan Kelayakan Asia di Bangkok, Thailand, November lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×