RUU 355 perlu segera dibawa ke Parlimen

RUU 355 perlu segera dibawa ke Parlimen

HASIL keputusan kes Nik Elin telah mendatangkan kekeliruan bahkan kebimbangan kepada masyarakat Muslim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MERUJUK kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar pada 18 Februari lalu bahawa Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) dijangka dibentang di Parlimen pada tahun ini.

Hal ini berikutan daripada kes baru-baru ini yang masih lagi hangat dalam kalangan masyarakat melibatkan pembatalan 16 peruntukan dalam Enakmen Syariah Negeri Kelantan yang dicabar oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid. Hasil keputusan kes ini mendatangkan kekeliruan bahkan kebimbangan kepada masyarakat Muslim khususnya tentang kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyambut baik usaha daripada pihak kerajaan dan berpandangan bahawa pembentangan RUU 355 di Parlimen ini perlu disegerakan bagi mengurangkan perselisihan dalam kalangan masyarakat serta kerisauan tentang kedudukan mahkamah syariah yang semakin tergugat setelah keputusan kes tersebut dikeluarkan.

Di samping itu, kehendak politik dalam mengangkat RUU 355 ini membuktikan kerajaan hari ini walk the talk untuk memperkasa mahkamah syariah.

Oleh itu, GAMIS menuntut agar perkara ini benar-benar direalisasikan dan dibuktikan oleh pihak kerajaan dengan segera membentangkan RUU 355 di Parlimen untuk memastikan kelestarian kedudukan dan bidang kuasa mahkamah syariah terjamin.-UTUSAN

IMRAN SULAIMAN
Presiden Gamis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×