Juara Olimpik gagal ke Paris 

Juara Olimpik gagal ke Paris 

AN SAN juara Olimpik yang gagal mendapat tempat ke Temasya Paris 2024. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pemenang tiga pingat emas Sukan Olimpik, An San terlepas peluang untuk mewakili negaranya, Korea Selatan ke Temasya Paris 2024 Julai ini.

An menjadi wanita pertama sejak 1904 memenangi tiga pingat emas dalam satu temasya menerusi acara individu, berpasukan dan berpasukan campuran di Sukan Olimpik Tokyo 2021 yang ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19.

Atlet berusia 23 tahun itu gagal mendapat tempat dalam pasukan Korea Selatan ke Paris, kelmarin semasa ujian pemilihan kebangsaan selepas gagal menamatkan saingan di tempat ke 16 daripada 24 orang yang mengambil bahagian.

An juga merupakan pemenang pingat perak dalam acara individu dalam Sukan Asia Hangzhou, tahun lalu dan meraih emas dalam saingan berpasukan.

Korea Selatan merupakan kuasa besar dalam sukan memanah terutama pemanah wanita mereka yang tidak pernah terlepas memenangi pingat emas dalam sembilan pertandingan Olimpik sejak sukan itu diperkenalkan pada 1988.

Dengan pertambahan bakat-bakat baharu setiap tahun menjadikan pemilihan untuk mewakili skuad kebangsaan negara itu sentiasa sengit.

“An San gagal menempatkan diri dalam skuad kebangsaan pada tahun ini kerana dia gagal menduduki kedudukan 16 terbaik. Keadaan itu menggambarkan pertandingan di peringkat domestik tidak semudah yang disangka berbanding bersaing di peringkat antarabangsa,” lapor agensi berita Korea Selatan, STN – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×