375 projek sekolah daif belum siap dibaiki

375 projek sekolah daif belum siap dibaiki

WONG KAH WOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seba­nyak 375 daripada 1,069 projek sekolah daif sejak 2016 masih belum siap dibaiki dengan 216 daripadanya di peringkat prapembinaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, projek yang sudah siap dibaiki pula berjumlah 694.

“Saya maklum prosi­ding Jawatankuasa Ki­ra-Kira Wang Negara (PAC) yang dilaksanakan dan Kementerian ­Pendidikan melalui KSU (Ketua Setia­usaha) telah beri penjelasan dan kerjasama sebaik mungkin supaya PAC dapat buat satu laporan komprehensif dan lengkap.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sememangnya ber­kenaan dengan bilangan bangunan daif dalam sistem kementerian, ang­kanya akan turun naik yang mana sudah sampai ke skala 6 apabila kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan, maka ia akan diklasifikasikan skala 5 dan sebagainya.

“Ada yang tidak dapat lagi diselenggarakan, maka Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengklasifikasikannya sebagai bangunan daif sekolah itu, namun kementerian ko­mited memastikan ke­bajikan murid dan sekolah terjaga sepanjang masa,” katanya semasa sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berhubung sama ada isu bajet itu sendiri yang perlu dipohon Kementerian Ekonomi menjadi halangan utama atau kapisiti kementerian sen­diri yang belum mencukupi untuk memastikan masalah sekolah daif dapat diselesaikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini