Ibu bapa harap sekolah hadkan aktiviti luar kelas - Utusan Malaysia

Ibu bapa harap sekolah hadkan aktiviti luar kelas

Ibu bapa di Terengganu berharap sekolah hadkan aktiviti luar kelas ketika cuaca panas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ibu bapa berharap pengurusan sekolah di Terengganu mengurangkan aktiviti luar kelas bagi mengurangkan risiko terhadap kesihatan anak mereka ketika cuaca panas terik ketika ini.

Seorang penjawat awam, Norhashimah Abd Wahab, 47, berkata, lebih membimbangkan minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025 akan berlangsung dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, keadaan itu merisaukan kerana kanak-kanak terdedah kerana risiko serangan haba, kelesuan dan pelbagai simptom kesihatan yang lain.

“Oleh itu, saya berharap pengurusan sekolah tidak akan mengadakan aktiviti luar kelas pada masa sekarang.

“Tangguhkan dahulu s aktiviti walaupun telah dirancang le­bih awal demi keselamatan dan kesihatan anak-anak di sekolah,” katanya ketika ditemui semalam.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan taburan hujan di Terengganu dijangka berkura­ngan dengan cuacanya menjadi lebih kering dan panas berikutan fenomena El Nino.

Keadaan itu dijangka kembali normal April hingga Jun dengan kebarangkalian 79 peratus.
Seorang lagi kakitangan swasta, Nur Sarinawani Jaafar, 43, berkata, kumpulan WhatsApp sekolah anaknya telah membincangkan mengenai langkah pencegahan terbaik dihadapi pada musim panas.

Menurutnya, ibu bapa telah berbincang dengan pihak sekolah untuk mengumpul dana membeli kipas demi keselesaan pelajar.

“Selain itu, kami juga sudah berbincang untuk meminta kelonggaran agar anak-anak boleh memakai baju T dan membeli air minuman untuk dibuat stok di dalam kelas.

“Cuma harapan ibu bapa ialah pihak sekolah akan mempertimbangkan semua cada­ngan yang diberi demi kebaikan semua pihak,” katanya.

Katanya, dia juga berharap sepanjang musim panas dan Ramadan tidak ada aktiviti di padang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×