‘Bumblebee’ sambut murid SK Cherang

‘Bumblebee’ sambut murid SK Cherang

ROBOT Bumblebee menyambut kehadiran murid SK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan semalam. - UTUSAN/TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Sekolah Kebangsaan (SK) Cherang, di sini menggunakan kostum karakter popular filem Transformers, Bumblebee untuk menyambut murid-murid pada hari pertama persekolahan yang bermula semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kehadiran robot tersebut berjaya menarik murid-murid untuk datang awal dan bergambar dengan watak berkenaan.

Guru Besar sekolah itu, Faxrurazi Nasir berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menampung kos mendapatkan khidmat robot berkenaan bagi menarik murid ke sekolah.

“Penggunaan robot berjaya menarik minat murid datang awal ke sekolah. Mereka mengambil peluang bergambar bersama ibu bapa.

“Sekolah mendapat harga murah bagi khidmat robot sehari bersama murid apabila robot itu dicipta sendiri oleh bapa murid sekolah ini,” katanya ketika ditemui di SK Cherang Ruku, di sini semalam.

Faxrurazi memberitahu, pendekatan itu turut bertepatan dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mewujudkan aktiviti pendidikan yang menye­ronokkan sepanjang minggu pertama persekolahan 2024.

Katanya, sepanjang tempoh itu pelbagai aktiviti te­lah dirancang termasuk Ihya Ramadan sesuai dengan kehadiran bulan puasa.

Dalam perkembangan lain, Faxrurazi berkata, pengurusan sekolah menyasarkan peratus sifar murid gagal hadir sekolah pada penggal kali ini menerusi pendekatan guru mesra murid, kebersamaan demi kecemerlangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×