Pegawai penyiasat kena jaga identiti pemberi maklumat - Utusan Malaysia

Pegawai penyiasat kena jaga identiti pemberi maklumat

Mohd Shuhaily Mohd Zain pada program Libat Urus Pengarah JSJ bersama masyarakat di Dewan Pusat Komuniti TTDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Semua pegawai penyiasat perlu menjaga dan merahsiakan identiti pemberi maklumat dalam mengendalikan sesuatu kes jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, satu perbincangan akan dilakukan terhadap timbalannya dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) mengenai isu kebocoran maklumat pengadu. 

Menurut beliau, aduan yang dibangkitkan akan diterima dan dibaiki bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara.

“Kurang kepekaan kami dalam memelihara kerahsiaan dan maklumat apabila panggil suspek dan pengadu pada hari yang sama. 

“Hari ini, semua peringkat ada termasuk Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD). Tetapi kalau mereka datang sesi libas urus ini  hanya main telefon, baik tak payah. Mereka ini yang akan jaga perihal siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan yang dibangkitkan orang awam yang hadir dalam sesi Libat Urus Pengarah JSJ bersama masyarakat di Dewan Pusat Komuniti,  Taman Tun Dr Ismail (TTDI),  di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, tahap kepercayaan masyarakat kepada polis  perlu diperbaiki bagi memastikan masyarakat dapat berkongsi maklumat mengenai jenayah di tempat mereka.

Kata beliau, sesi libat urus antara JSJ dan masyarakat telah membuka mata  pegawai kanan termasuk Ketua Polis Daerah (KPD), KBSJD mengenai masalah yang berlaku di kawasan masing-masing.

“Saya hanya orang tengah kepada apa yang dihasratkan Ketua Polis Negara dan pucuk pimpinan PDRM dengan masyarakat.

“Tampuk kepimpinan yang ada akan memberi tumpuan yang lebih terhadap masalah yang dibangkitkan,”jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×