Kanak-kanak maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dipercayai dari tingkat 12 di sebuah flat di Cheras, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 1.52 petang semalam.

“Pemeriksaan di lokasi menemukan seorang kanak-kanak tempatan berusia 12 tahun dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri di atas rumput di bawah blok bangunan flat itu.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal dilakukan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden terbabit.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini akan diteruskan bagi mengetahui punca kematian mangsa. Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh menghubungi Ketua Polis Balai Cheras Inspektor Toh Chee Haur di talian 03-92050301/302 bagi membantu siasatan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×