COOKHOUSE bakal cetus revolusi dalam industri F&B

COOKHOUSE peroleh sijil halal, bakal cetus revolusi dalam industri F&B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: COOKHOUSE, pengendali ruang dapur ‘cloud’ kongsi yang pertama di Malaysia berjaya memperoleh sijil halal dan menetapkan piawaian baharu dalam industri makanan di Malaysia.

Susulan pencapaian itu, COOKHOUSE menjadi pilihan ruang dapur komersial bermutu tinggi dan diperakui sebagai ‘Premis Sedia Halal untuk Disewa’, sekali gus merevolusikan sektor makanan dan minuman (F&B) di negara ini.

Menyedari ketiadaan kemudahan yang diperakui halal sebagai kekangan utama dalam proses permohonan sijil halal, COOKHOUSE muncul sebagai penyelesaian yang mampan bagi cabaran yang telah wujud sekian lama ini.

Pengasas COOKHOUSE Malaysia, Huen Su San berkata, COOKHOUSE berbangga dalam mempelopori pengiktirafan halal bagi ruang dapur dan menunjukkan komitmen dalam memperkasakan dan menawarkan penyelesaian bagi perniagaan F&B.

“Kami berhasrat memudahkan dan mempercepatkan perjalanan halal bagi pengusaha makanan untuk membentuk landskap yang lebih inklusif dan mudah diakses dalam industri,” ujarnya dalam kenyataan.

Tambahnya, COOKHOUSE berterima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas sokongan dan komitmen dalam mengembangkan industri makanan halal di Malaysia.

“Kami berharap perniagaan makanan, baik besar mahupun kecil dapat memanfaatkan kemudahan kami bagi menyokong strategi pertumbuhan mereka,” katanya.

Katanya, pengiktirafan COOKHOUSE sebagai ‘Premis Sedia Halal untuk Disewa’ membuktikan dedikasi terhadap inovasi dan visi menawarkan penyelesaian tidak ternilai kepada pengusaha makanan.

Beliau berkata, ia turut membuka jalan yang jelas dan lancar kepada perniagaan untuk memperoleh sijil halal, sekali gus menghapuskan halangan utama dan memastikan pematuhan dengan piawaian halal.

COOKHOUSE Sunway, COOKHOUSE TTDI dan COOKHOUSE Bukit Bintang yang terletak di tiga lokasi utama kini memainkan peranan penting dalam menyokong pengusaha makanan dalam perjalanan halal mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×