Fatihah Frozen terus berkembang dengan sijil halal

Fatihah Frozen terus berkembang dengan sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat Fatihah Frozen Food Sdn. Bhd. (Fatihah) menyasarkan untuk mengembangkan perniagaanya ke negara-negara Asia pada tahun ini dan menyasarkan nilai jualan RM8 juta setahun.

Pengasas Fatihah Frozen, Fatihah Anis Ibrahim, 62 berkata, beliau ingin meluaskan perniagaan produk makanan sejuk bekunya di luar negara selain di dalam negara selepas mendapat sijil halal pada 2010.

Katanya, Fatihah mengeluarkan lebih 20 jenis kuih muih sejuk beku seperti paratha; roti canai; roti boom; karipap; popia; dan samosa dan mempunyai sijil halal.

“Sijil halal membolehkan produk kami boleh memasuki dan didapati di pasaraya seperti Lotus’s Stores; Giant; Mydin; Lulu Hypermarket; Segi Fresh; dan St Rosyam Mart,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau berkata, memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah penting untuk membekalkan produk makananya ke hotel, pasaraya dan juga luar negara.

“Sijil halal turut membolehkan saya memasuki pasaran lebih luas dan mendapatkan keyakinan pengguna kerana ianya dijamin suci.

“Sepertimana kita sebagai pengguna mahukan yang halalal toyyiban, begitu juga pembeli kita mahukan produk yang disahkan halal,” katanya.

Tambah ibu tunggal kepada tiga anak itu, beliau memulakan Fatihah dengan hanya modal permulaan RM50 sahaja dan asbab untuk menyara keluarga ketika itu.

Kini, Fatihah sudah mampu menghasilkan sekurang-kurangnya satu tan produk setiap bulan.

“Harga produk kami mampu milik kerana harga pasaran hanya diantara RM5 hingga RM7.50 sepeket dan lebih lanjut boleh melayari laman sesawang www.fatihahfrozenfood.my kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×