'Mangsa OKU dedah direnjat elektrik gagal sasaran jualan'

‘Mangsa OKU dedah direnjat elektrik gagal sasaran jualan’

Dua lagi rakyat Malaysia yang juga mangsa pemerdagangan manusia dan penipuan kerja berjaya dibawa pulang ke tanah air hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Dua lagi rakyat Malaysia yang juga mangsa pemerdagangan manusia dan penipuan kerja berjaya dibawa pulang ke tanah air hari ini.

Kedua-dua mangsa yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) pukul 3.45 petang tadi dari Myanmar.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mangsa mendakwa berada di bawah cengkaman sindiket pemerdagangan manusia sejak dua tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, mangsa juga mendakwa pernah dipukul, diikat dan dikenakan renjatan elektrik selepas gagal mencapai sasaran jualan ditetapkan.

“Apabila tidak capai sasaran ditetapkan, mangsa akan dipukul dan dijual kepada satu sindiket ke satu sindiket lain sehinggalah tiba di Meng La, Myanmar.

“Mereka ini diperalatkan masing-masing antara satu hingga dua tahun oleh sindiket berkenaan,” katanya ketika ditemui di KLIA1, hari ini.

Katanya, beliau ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam melancarkan misi membawa pulang mangsa terutama pegawai konsulat Kedutaan Malaysia di Myanmar.

Hishamuddin berkata, beliau mula mendapat info mengenai kedua-dua mangsa selepas salah seorang ibu mangsa datang menemuinya sekitar Oktober tahun lalu.

Menurutnya, penantian kedua ibu bapa mangsa akhirnya terubat selepas mangsa akhirnya berjaya tiba di tanah air hari ini.

“Kita harap kisah perit dua mangsa ini dapat dijadikan teladan oleh rakyat Malaysia supaya tidak mudah terjerumus dengan sindiket penipuan kerja ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini