Myzahra bantu OKU, miskin tegar, warga emas di Pahang - Utusan Malaysia

Myzahra bantu OKU, miskin tegar, warga emas di Pahang

Yahaya Othman ( tiga kanan ) menerima sumbangan Pertubuhan Kebajikan MYzahra Malaysia yang disampaikan Datuk Agiel di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pertubuhan Kebajikan Myzahra Malaysia (Myzahra) memfokuskan empat Program Bakul Masyarakat Prihatin bagi membantu golongan kurang upaya (OKU), miskin tegar dan warga emas di negeri ini.

Penasihat Myzahra Datuk Agiel Mohamad berkata, pertubuhan tersebut aktif sejak tiga tahun lepas dan  memfokus kepada memberi bantuan   Bakul Barangan Keperluan, Bakul Keperluan Peribadi, Bakul Pendidikan dan Bakul Kilat.

Menurut beliau,  sumbangan beg sekolah  adalah satu bentuk bantuan di bawah Bakul Pendidikan bagi memberi  semangat baru kepada anak-anak untuk melangkah ke sesi persekolahan  tidak lama lagi.

“ Sumbangan ini  bertujuan untuk meringankan beban  ketua keluarga  sejajar dengan moto  “Menyantuni Kebajikan Memartabat Masyarakat Madani”.

“Golongan yang tidak bernasib baik terutama fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang  kelainan upaya (OKU) dan B40   menjadi titik fokus MyZahra,“ katanya selepas majlis perasmian Pertubuhan Kebajikan Myzahra Malaysia dan penyampaian Bakul Pendidikan kepada 135 penerima oleh Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman di Mess Pegawai Kanan Polis di Ibu Pejabat Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Katanya, Myzahra Malaysia   mensasarkan program Bakul Masyarakat Prihatin ini dapat dilaksanakan di  semua 14 kawasan Parlimen di Pahang.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman menghargai sumbangan MYzahra dalam menyantuni warga polis yang memerlukan sumbangan dana.

Menurut beliau,  usaha Kebajikan yang dilakukan Badan Bukan Kerajaan ( NGO) seperti MYZahra sebagai tanggungjawab sosial sekali gus dapat mengukuhkan hubungan dengan masyarakat setempat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×