Kemudi guna khidmat SPR pilih AJK

Kelab Media Kelantan guna khidmat SPR pilih AJK

PENGAMAL media menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pemilihan AJK Kemudi di Kota Bharu, Kelantan hari ini. -UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) menggunakan kaedah pengundian seperti dikelolakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memilih kepimpinan dan jawatankuasa baharu bagi sesi 2024/2026 hari ini.

Bekas Presiden Kemudi, Majidah Ismail berkata, seramai 77 daripada 87 ahli kelab itu hadir menunaikan tanggungjawab mengundi bermula pukul 11 pagi tadi.

Katanya, kaedah pengundian itu diadakan dengan kerjasama SPR Kelantan yang diwakili dua pegawai suruhanjaya terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Idea menggunakan kaedah pilihan raya seperti yang dikendalikan oleh SPR itu diputuskan selepas perbincangan dengan ahli jawatankuasa sesi 2022/2024. 

“Usaha itu juga membolehkan kesemua ahli memilih Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli Jawatankuasa secara telus dengan mengikut syarat yang ditetapkan SPR,” katanya ketika ditemui pemberita di Hotel Jewels di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Majidah memberitahu, ini adalah kali pertama pengundian pemilihan jawatankuasa Kemudi dijalankan dengan kerjasama SPR sejak kelab itu ditubuhkan 14 tahun lalu.

“Lebih 90 peratus ahli Kemudi hadir mengundi hari ini dan merasai suasana pilihan raya apabila mereka perlu mencalit jari pada dakwat yang disediakan sebelum membuang undi. Ada beberapa wartawan di Gua Musang pula dibenarkan mengundi secara pos kerana kekangan jarak dan tidak dapat hadir ke Kota Bharu hari ini.

“Barisan kepimpinan lama Kemudi berterima kasih kepada SPR Kelantan yang memberi kerjasama sejak awal pertemuan pihak kelab sehingga proses pengundian dilaksanakan,” katanya. 

Pada pemilihan itu, Wakil Negeri Utusan Malaysia Kelantan, Yatimin Abdullah dipilih sebagai Presiden Kemudi manakala wartawan TV3 Kelantan, Shahnun Hanif Abdullah pula Timbalan Presiden.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini