Sorok minyak seludup dalam kebun kelulut

Sorok minyak seludup dalam kebun kelulut

TONG-tong berisi minyak diesel yang cuba diseludup ke negara jiran berjaya dirampas dalam serbuan di Kota Bharu, Kelantan semalam-IHSAN KPDN KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Cubaan penyeludup menyembunyikan 1,950 liter minyak diesel di dalam kebun kelulut di jalan Kuala Krai, Kampung Kubang Bangor di sini berjaya dihidu anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup (KDPN) Kelantan semalam.

Rampasan pukul 7.30 malam itu dilakukan hasil maklumat risikan dan intipan yang telah dilakukan oleh KPDN Kelantan.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, dalam serbuan itu KDPN Kelantan berjaya menahan seorang lelaki berusia 40-an bagi membantu siasatan berkait rampasan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah lori jenis Isuzu membawa kepada penemuan 78 tong jerikin.

“Terdahul hasil maklumat risikan, suspek tersebut membuat pengisian berulang kali di beberapa stesen minyak menggunakan lori yang telah diubah suai tangkinya.

“Selepas itu, bahan api tersebut akan di masukan ke dalam tong-tong yang diletakkan bahagian belakang lori untuk diseludup ke negara jiran menerusi pangkalan  haram yang terdapat sekitar Tumpat,” katanya.

Azman memberitahu, semasa serbuan suspek mengaku memiliki barang kawalan dalam kediaman dan kenderaannya tanpa sebarang dokumen pemilikan, lesen barang kawalan atau kebenaran dari pengawal bekalan.

Katanya, pada masa sama suspek turut ditahan oleh polis kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×